



Ikhwan TV ditubuhkan dengan tujuan mempelbagaikan cara berdakwah agar manusia kembali kepada Tuhan dengan pelbagai program membina jiwa.
Dilancarkan secara rasmi pada 11hb Disember 2013 di Bangkok, Thailand dengan nama TV Nur Muhammad sebagai TV dalam talian untuk memberi hiburan yang mendidik jiwa juga info menarik dunia Islam khasnya perkembangan GISBH serata dunia.
Di antara segmen yang terdapat di Ikhwan TV ialah Drama, Cerpen, Kapsul, Nasyid, Quran, Sajak, Madah, Berita, Dokumentari, Laporan Khas, Live dan lain-lain.
Pada tahun 2016 rangkaian TV ini ditukar ke nama baru, TV Ikhwan dan pada tarikh 30hb Okt 2018, TV ini diberi penjenamaan baru dengan nama IKHWAN TV. Moga Ikhwan TV akan terus berkhidmat membawa berita dan memberikan hiburan yang mendidik jiwa masyarakat agar semakin kuat melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya demi keselamatan di dunia dan akhirat.



























