Pengenalan

GISB Holdings Adalah Syarikat Bumiputera Islam

Ia diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad yang bertujuan untuk membangunkan cara hidup Islam di dalam seluruh aspek kehidupan seperti pendidikan, kebudayaan, ekonomi, penternakan dan sebagainya.

Asas dalam membangunkan sistem kehidupan Islam ini adalah dengan menjadikan ALLAH sebagai CINTA AGUNG sehingga dicintai dan ditakuti serta menjadikanNya sebagai pendorong untuk berkhidmat dan memberikan manfaat sebanyak-banyaknya kepada manusia.

Seperti yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW, “Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling banyak memberikan manfaat kepada manusia lainnya.”

Kekuatan utama GISBH adalah Iman, Ukhwah & Keselarasan.

Ia dapat melahirkan rasa bersama dan bekerjasama pada setiap individu. Dengan tiga asas kekuatan inilah, kami bangunkan dan zahirkan Islam di dalam kehidupan untuk menjadi model bagi masyarakat.

VISI

Membangunkan sistem hidup Islam yang syumul demi manfaat dan kesejahteraan kehidupan manusia.

MISI

Membantu melahirkan usahawan bumiputera yang bertaqwa, yang memiliki jati diri, berdisiplin dan berintegriti.

MOTO

Berjiwa dan Membahagiakan.

Scroll to Top